Dasar Privasi



1. PENGENALAN

Ini adalah dasar privasi (“Dasar Privasi”) Quadrant Biz Solutions Sdn Bhd (termasuk semua subsidiari, syarikat berkaitan dan/atau syarikat bersekutunya) (“Syarikat”, “kita” atau “kami”).

Untuk memproses, mentadbir dan/atau mengurus hubungan anda dengan kami, kami perlu mengumpul, mengguna, menzahirkan dan/atau memproses data peribadi anda. Dasar Privasi ini terpakai untuk data peribadi mengenai anda (pelanggan, pengarah, pemegang saham, vendor, pengedar, pembekal, kontraktor, penyedia perkhidmatan, rakan niaga kami, dan lain- lain) dan/atau data peribadi kepada individu yang diberikan oleh anda, dimiliki oleh kami atau yang kami perolehi mengenai anda, sama ada sekarang atau pada masa hadapan. Kami hanya akan memproses data peribadi anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, peraturan, panduan, perintah yang terpakai yang dikeluarkan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan apa-apa pindaan atau penyusunan semula undang-undang yang dibuat kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dari semasa ke semasa (secara kolektif dirujuk sebagai “APDP”) serta Dasar Privasi ini.

APDP menghendaki kami untuk memaklumkan anda mengenai hak anda berkenaan dengan data peribadi anda yang sedang diproses atau yang akan dikumpulkan dan diproses selanjutnya oleh kami dan tujuan pemprosesan data tersebut. APDP juga menghendaki kami untuk mendapatkan persetujuan anda untuk memproses data peribadi anda. Selaras dengan APDP, kami komited untuk melindungi dan mengawal selamat data peribadi anda.

Dengan memberikan data peribadi anda kepada kami dan/atau terus melayari laman web kami (“Laman Web”), anda menyatakan bahawa anda telah membaca dan memahami Dasar Privasi ini dan bersetuju untuk kami memproses data peribadi anda selaras dengan kaedah yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini.

Kami berhak untuk mengubahsuai, mengemaskini dan meminda Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa dengan memberikan notis awal yang munasabah kepada anda. Kami akan memaklumkan kepada anda sebarang pindaan melalui pengumuman di Laman Web atau cara lain yang bersesuaian. Sila semak Laman Web ini dari semasa ke semasa untuk melihat sama ada pindaan telah dibuat kepada Dasar Privasi ini. Sebarang pindaan terhadap Dasar Privasi ini akan berkuat-kuasa setelah dimaklumkan kepada anda. Dengan meneruskan komunikasi anda dengan kami, menggunakan perkhidmatan kami, membeli produk kami dan/atau mengakses Laman Web ini apabila anda telah dimaklumkan tentang sebarang pindaan kepada Dasar Privasi ini, anda akan dianggap telah menyetujui dan menerima pindaan tersebut.

Kami perlu mengumpul and memproses data peribadi anda. Sekiranya anda tidak memberikan data peribadi anda kepada kami, atau tidak bersetuju dengan Dasar Privasi ini atau mana-mana pindaan yang dibuat kepada Dasar Privasi ini, kami tidak dapat memberikan semua perkhidmatan kepada anda dan anda mungkin perlu menamatkan perjanjian yang relevan antara anda dengan kami dan/atau berhenti mengakses atau menggunakan Laman Web ini.

2. PENGUMPULAN DATA PERIBADI

Istilah “data peribadi” bermaksud apa-apa maklumat dalam milikan atau kawalan kami yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan seseorang individu sejauh mana individu tersebut dapat dikenali atau dapat dikenal pasti daripada maklumat itu dan maklumat lain dalam milikan kami seperti nama, alamat, nombor telefon, no. kad pengenalan, tarikh lahir, alamat e- mel, dan lain-lain. Jenis data peribadi yang dikumpulkan bergantung kepada tujuan pengumpulannya. Kami akan “memproses” data peribadi anda dengan cara mengumpulkan, merekodkan, memegang, menyimpan, menggunakan dan/atau menzahirkannya.

Data peribadi anda mungkin dikumpulkan daripada anda semasa anda berurusan dengan kami dalam apa-apa cara atau dengan apa cara sekalipun termasuk dengan sebarang transaksi dan/atau komunikasi daripada/dengan kami. Kami juga mungkin mengumpulkan data peribadi anda daripada pelbagai sumber, termasuk tanpa had, pada setiap perjumpaan, acara, seminar, persidangan, ceramah, pameran, tinjauan kepuasan pelanggan yang diatur dan/atau ditaja oleh kami, serta daripada sumber yang telah diketahui umum.

Di samping itu, kami juga akan menerima, menyimpan dan memproses data peribadi anda yang diberikan atau disediakan oleh mana-mana pihak ketiga, badan rujukan kredit, pihak berkuasa kawal selia dan pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang, untuk tujuan termasuk penghantaran produk dan/atau menjalankan perkhidmatan kami, pelaksanaan syarat-syarat perjanjian dan/atau untuk mematuhi kewajipan undang-undang dan peraturan kami.

3. TUJUAN MEMPEROLEH DAN MEMPROSES DATA PERIBADI ANDA

Data peribadi yang diberikan/dibekalkan oleh anda kepada kami atau dikumpulkan oleh kami daripada anda atau melalui sumber lain yang mungkin diperlukan untuk memenuhi tujuan pada masa data peribadi tersebut diminta atau dikumpulkan, akan diproses untuk tujuan-tujuan berikut (secara kolektif dirujuk sebagai “Tujuan-tujuan”):

  • untuk mengakses, memproses dan membekalkan produk, perkhidmatan dan/atau kemudahan kepada anda, termasuk program keahlian/kesetiaan yang kami tawarkan (jika ada);

  • untuk memudahkan, memproses, mengendalikan, mentadbir, mengurus dan/atau mengekalkan hubungan anda dengan kami;

  • untuk mempertimbangkan dan/atau memproses permohonan/transaksi anda dengan kami;

  • untuk membalas kepada pertanyaan atau aduan atau menyelesaikan sebarang masalah dan pertikaian yang mungkin timbul berkaitan dengan sebarang urusan anda dengan kami;

  • untuk mentadbir dan memproses pembayaran yang berkaitan dengan produk, perkhidmatan dan/atau kemudahan yang diminta oleh anda;

  • untuk memudahkan penyertaan anda dalam acara yang ditadbirurus oleh kami termasuk perjumpaan, seminar, persidangan, ceramah, pameran, pertandingan, promosi atau kempen;

  • untuk melakukan pemeriksaan rujukan kredit dan menentukan kebolehpercayaan kredit anda, jika perlu, dalam membekalkan produk, perkhidmatan dan/atau kemudahan kepada anda;

  • untuk menjalankan penilaian wajar atau kegiatan pemantauan atau penyaringan lain (termasuk pemeriksaan latar belakang) selaras dengan kewajipan undang-undang dan peraturan atau prosedur pengurusan risiko yang mungkin dikehendaki oleh undang-undang atau yang mungkin telah dilaksanakan oleh kami;

  • untuk mentadbir dan memastikan kelangsungan urus niaga komersial anda dengan kami;

  • untuk memproses sebarang pembayaran yang berkaitan dengan transaksi komersial anda dengan kami;

  • untuk membekalkan anda dengan maklumat dan/atau mengemas kini mengenai produk, perkhidmatan, promosi akan datang yang ditawarkan oleh kami dan/atau acara, persidangan, ceramah dan seminar yang diaturkan oleh kami dan pihak ketiga terpilih yang mungkin menarik bagi anda dari semasa ke semasa melalui SMS, panggilan telefon, e-mel, faks, mel, media sosial dan/atau saluran komunikasi lain yang sesuai;

  • untuk menghantar mesej ucapan bermusim, hadiah, surat berita dari semasa ke semasa;

  • untuk menghantar jemputan kepada anda untuk menyertai program keahlian kami, acara dan promosi dan acara pelancaran produk serta persidangan, ceramah dan seminar;

  • untuk memantau, mengkaji dan memperbaiki acara dan promosi, produk dan/atau perkhidmatan;

  • untuk memproses dan menganalisis data peribadi anda sama ada secara individu atau bersesama dengan individu lain;

  • untuk melakukan penyelidikan atau tinjauan pasaran, analisis pemasaran dalaman, aktiviti profil pelanggan, analisis corak dan pilihan pelanggan, perancangan dan analisis statistik dan trend berkaitan dengan produk dan/atau perkhidmatan kami;

  • untuk berkongsi data peribadi anda dengan juruaudit untuk tujuan audit dalaman dan pelaporan kami;

  • untuk berkongsi data peribadi anda selaras dengan mana-mana perjanjian atau dokumen yang telah anda masuki dengan kami untuk tujuan mendapatkan nasihat undang-undang dan/atau kewangan dan/atau untuk tujuan memulakan tindakan undang-undang;

  • untuk berkongsi data peribadi anda dengan pihak ketiga untuk penyediaan dokumen undang-undang atau kontrak yang anda akan masuki;

  • untuk berkongsi data peribadi anda dengan rakan perniagaan kami untuk bersama- sama mebangunkan produk dan/atau perkhidmatan atau melancarkan kempen pemasaran;

  • untuk berkongsi data peribadi anda dengan syarikat insurans untuk tujuan memohon dan mendapatkan polisi insurans , jika perlu;

  • untuk berkongsi data peribadi anda dengan institusi kewangan untuk tujuan memohon dan mendapatkan kemudahan kredit, jika perlu;

  • untuk berkomunikasi dengan anda dan untuk mengekalkan dan memperbaiki hubungan pelanggan;

  • untuk mengekalkan dan mengemas kini penyimpanan rekod, fail dan senarai kenalan;

  • untuk mengesan, menyiasat dan mencegah sebarang aktiviti penipuan, larangan atau aktiviti haram atau sebarang ketinggalan akibat kecuaian atau salah laku;

  • untuk membolehkan kami melaksanakan kewajipan kami dan menegakkan hak kami berdasarkan mana-mana perjanjian atau dokumen di mana kami adalah pihak di dalamnya;

  • untuk memindahkan atau menyerahkan hak, kepentingan dan kewajipan kami berdasarkan mana-mana perjanjian yang dimasuki dengan kami;

  • untuk memenuhi apa-apa keperluan undang-undang atau peraturan yang terpakai dan membuat penzahiran di bawah keperluan mana-mana undang-undang,

peraturan, arahan, perintah, undang-undang kecil, panduan, pekeliling atau kod

yang terpakai kepada kami;

  • untuk mematuhi mana-mana permintaan atau arahan mana-mana pihak berkuasa

    kerajaan; atau memberikan maklumbalas kepada permintaan untuk maklumat

    daripada agensi awam, kementerian, badan berkanun atau pihak berkuasa lain;

  • untuk menegakkan atau membela hak kami dan hak anda di bawah undang-undang,

    perundangan dan peraturan yang terpakai;

  • untuk tujuan pemasaran langsung melalui SMS, panggilan telefon, e-mel, faks, mel,

    media social dan/atau saluran komunikasi lain yang sesuai;

  • untuk tujuan pentadbiran dalaman;

  • untuk tujuan audit, pengurusan risiko dan keselamatan;

  • untuk pendaftaran akaun pengguna dengan kami;

  • untuk penyimpanan, pengehosan sistem salinan sandar(sama ada untuk pemulihan

    bencana atau sebaliknya) data peribadi anda, sama ada di dalam atau di luar

    Malaysia; dan/atau

  • untuk tujuan lain yang diperlukan untuk mengendalikan, mengekalkan dan

    mengurus perniagaan kami dengan lebih baik dan hubungan anda dengan kami,

    dan anda bersetuju dan memberi persetujuan kepada kami untuk menggunakan dan memproses data peribadi anda untuk Tujuan-tujuan tersebut dalam cara yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini. Sekiranya anda tidak bersetuju untukkami memproses data peribadi anda untuk satu atau lebih Tujuan-tujuan tersebut, sila memaklumkan kepada kami di butiran kenalan yang dinyatakan di bawah.

    Kami akan memperolehi persetujuan anda secara berasingan untuk tujuan lain yang tidak termasuk dalam kategori-kategori yang dinyatakan di atas.

    Kami juga mungkin akan mengumpulkan data peribadi anda daripada sumber selain daripada anda, , untuk satu atau lebih Tujuan-tujuan tersebut di atas, dan selepas itu menggunakan, menzahirkan dan/atau memproses data peribadi tersebut untuk satu atau lebih Tujuan-tujuan tersebut di atas.

    4. AKIBAT DARIPADA TIDAK BERSETUJU DENGAN DASAR PRIVASI INI

    Pengumpulan data peribadi anda oleh kami mungkin bersifat wajib atau sukarela bergantung kepada Tujuan-tujuan data peribadi anda dikumpulkan. Sekiranya anda wajib memberikan data peribadi anda kepada kami, dan anda gagal atau memilih untuk tidak memberikan data tersebut kepada kami, atau tidak bersetuju dengan pernyataan di atas atau Dasar Privasi ini, kami tidak akan dapat membekalkan produk dan/atau perkhidmatan kami kepada anda atau sebaliknya berurusan dengan anda, sama sekali.

    5. PENZAHIRAN DATA PERIBADI ANDA

    Kami tidak akan menjual, menyewa, memindahkan atau menzahirkan data peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga tanpa persetujuan anda. Walau bagaimanapun, kami mungkin akan menzahirkan data peribadi anda kepada pihak ketiga yang berikut, untuk satu atau lebih Tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas:

• syarikat-syarikat di dalam kumpulan Syarikat kami termasuk subsidiari, syarikat berkaitan dan/atau syarikat bersekutu kami;

  • ahli keluarga terdekat dan/atau orang hubungan kecemasan anda yang dimaklumkan kepada kami dari semasa ke semasa;

  • pengganti hakmilik kami;

  • mana-mana pihak yang kami guna khidmat untuk melaksanakan kewajipan kami

    kepada anda yang mempunyai kewajipan kerahsiaan yang telah berjanji untuk

    menjaga kerahsiaan data peribadi anda;

  • mana-mana pihak yang berkaitan dengan prosiding undang-undang atau prosiding

    undang-undang prospektif;

  • juruaudit, perunding, peguam, akauntan atau penasihat kewangan atau profesional

    lain yang dilantik oleh kami berhubung dengan perniagaan kami atas dasar sulit;

  • mana-mana pihak yang dicalonkan atau dilantik oleh kami sama ada secara persendirian atau bersama dengan penyedia perkhidmatan lain, untuk tujuan mewujudkan dan mengekalkan pangkalan data bersama di mana kami mempunyai

    kepentingan bersesama yang sah;

  • pusat data dan/atau pelayan yang berada di dalam atau di luar Malaysia untuk tujuan

    penyimpanan data;

  • penyedia perkhidmatan kemudahan penyimpanan dan pengurusan rekod;

  • saluran pembayaran termasuk tetapi tidak terhad kepada bank dan institusi

    kewangan untuk tujuan menilai, mengesahkan, melaksanakan dan memudahkan pembayaran sebarang jumlah yang perlu dibayar kepada kami sehubungan dengan pembelian produk dan/atau perkhidmatan kami oleh anda;

  • agensi kerajaan, agensi penguatkuasaan undang-undang, mahkamah, tribunal, badan kawal selia / profesional, pengawalselia industri, kementerian, dan/atau agensi atau badan berkanun, pejabat atau perbandaran di mana-mana wilayah, jika diperlukan atau diberi kuasa untuk berbuat demikian, untuk memenuhi undang- undang terpakai, peraturan terpakai, perintah atau penghakiman mahkamah atau tribunal atau pertanyaan daripada pihak berkuasa yang berkenaan;

  • rakan niaga, pembekal produk dan/atau penyedia perkhidmatan pihak ketiga, pembekal, vendor, pengedar, kontraktor atau ejen, di atas dasar perlu diketahui, yang memberikan produk dan/atau perkhidmatan berkaitan sehubungan dengan perniagaan kami, atau melepaskan atau melaksanakan satu atau lebih Tujuan-tujuan di atas dan tujuan lain yang diperlukan untuk mengendalikan dan mengekalkan perniagaan kami;

  • pelanggan kami, atas dasar perlu diketahui;

  • syarikat insurans untuk tujuan memohon dan mendapatkan polisi insurans, jika

    perlu;

  • institusi kewangan untuk tujuan memohon dan mendapatkan kemudahan kredit;

    jika perlu;

  • institusi kewangan, peniaga dan organisasi kad kredit yang berkaitan dengan

    transaksi komersial anda dengan kami;

  • orang awam apabila anda menjadi pemenang dalam pertandingan, mengambil

    bahagian dalam acara, persidangan, ceramah dan seminar kami dengan menerbitkan nama, gambar dan data peribadi anda yang lain tanpa pampasan untuk tujuan pengiklanan dan publisiti;

  • mana-mana pihak ketiga (dan penasihatnya/wakilnya) sehubungan dengan sebarang penyusunan semula, penggabungan, penjualan, penyatuan, perolehan, usaha sama, penyerahan, pemindahan, pelaksanaan pendanaan atau penjualan aset berkaitan dengan mana-mana bahagian Syarikat yang dicadangkan atau yang sebenar; dan/atau

• mana-mana orang lain yang memerlukannya secara munasabah agar kami dapat mengendalikan dan mengekalkan perniagaan kami atau menjalankan aktiviti yang dinyatakan dalam Tujuan-tujuan tersebut atau seperti yang diarahkan oleh anda.

6. KETEPATAN DATA PERIBADI ANDA

Kami menganggap bahawa semua data peribadi yang diberikan oleh anda adalah tepat dan lengkap, dan tiada yang mengelirukan atau tidak terkini. Anda akan dengan segera memaklumkan kepada kami sekiranya terdapat apa-apa perubahan kepada data peribadi anda.

7. HAK-HAK ANDA

Setakat mana yang dibenarkan di bawah undang-undang, anda mempunyai hak untuk meminta akses kepada, mendapat salinan, mengemaskini atau memperbetulkan, data peribadi anda yang disimpan oleh kami. Kami mungkin akan mengenakan fi kecil (jumlah sebanyak yang dibenarkan oleh APDP) untuk menampung kos pentadbiran yang terlibat dalam memproses permintaan anda untuk mengakses data peribadi anda. Walau bagaimanapun, kami berhak untuk bergantung kepada mana-mana pengecualian statutori untuk mengumpul, mengguna dan menzahirkan data peribadi anda dan/atau menolak permintaan anda untuk mengakses atau membetulkan data peribadi anda.

Anda berhak untuk pada bila-bila masa meminta kami mengehadkan pemprosesan dan penggunaan data peribadi anda (contohnya, dengan meminta kami berhenti menghantar sebarang bahan pemasaran dan promosi kepada anda atau menghubungi anda untuk tujuan pemasaran).

Selain itu, anda juga berhak, melalui notis secara bertulis, untuk memaklumkan kepada kami mengenai penarikan balik (sepenuhnya atau sebahagian) persetujuan anda yang telah diberikan sebelum ini kepada kami tertakluk kepada mana-mana sekatan undang-undang, syarat kontraktual dan jangka masa yang munasabah untuk kami mengambil tindakan sewajarnya bagi memberi efek kepada penarikan balik persetujuan anda. Walau bagaimanapun, penarikan balik persetujuan oleh anda boleh mengakibatkan implikasi undang-undang tertentu yang mungkin timbul daripada penarikan balik persetujuan tersebut. Dalam hal ini, bergantung kepada sejauh mana penarikan balik persetujuan anda tersebut, kami mungkin tidak akan dapat meneruskan hubungan anda dengan kami atau perlu menamatkan kontrak anda dengan kami.

8. PENYIMPANAN DATA PERIBADI ANDA

Sebarang data peribadi anda yang diberikan kepada kami disimpan oleh kami selama tujuan pengumpulan data peribadi itu berterusan; data peribadi anda kemudiannya akan dimusnahkan atau dianonimkan daripada rekod dan sistem kami selaras dengan dasar penyimpanan data kami sekiranya data peribadi anda tidak lagi diperlukan untuk tujuan-tujuan tersebut melainkan penyimpanan data peribadi anda diperlukan untuk memenuhi tempoh penyimpanan yang lebih lama untuk memenuhi keperluan operasi, undang-undang, peraturan, cukai atau perakaunan kami.

9. KESELAMATAN DATA PERIBADI ANDA

Kami komited untuk memastikan bahawa data peribadi anda disimpan dengan selamat. Untuk mengelakkan akses tanpa kebenaran, penzahiran tanpa kebenaran atau risiko lain yang seangkatan dengannya, kami berusaha, di mana praktikal, untuk melaksanakan langkah-

langkah teknikal, fizikal, elektronik dan keselamatan prosedur yang sesuai selaras dengan undang-undang dan peraturan yang terpakai dan standad industri untuk kawal selamat dan melindungi data peribadi anda daripada sebarang kehilangan, salah guna, ubah suaian, akses atau penzahiran tanpa kebenaran atau tidak sengaja, pengubahan atau pemusnahan.

Kami akan mengemas kini secara munasabah langkah-langkah keselamatan kami dari semasa ke semasa dan memastikan pihak ketiga yang diberi kuasa hanya menggunakan data peribadi anda untuk Tujuan-tujuan yang dinayatakan dalam Dasar Privasi ini.

Internet bukanlah medium yang selamat. Walau bagaimanapun, kami akan melaksanakan pelbagai prosedur keselamatan berkenaan dengan Laman Web ini dan komunikasi elektronik anda dengan kami. Semua pekerja dan pemproses data kami, yang memiliki akses ke, dan terkait dengan pemprosesan data peribadi anda, wajib untuk memastikan kerahsiaan data peribadi anda.

Sila ambil maklum bahawa komunikasi melalui Internet, seperti e-mel / mel web tidak selamat melainkan komunikasi tersebut telah disulitkan. Komunikasi anda mungkin disalurkan ke beberapa negara sebelum disampaikan – inilah sifat Jaringan Sejagat (WWW) / Internet.

Kami tidak boleh dan tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang akses atau pemintasan tanpa kebenaran atau kehilangan data peribadi yang berada di luar kawalan munasabah kami.

10. DATA PERIBADI MINOR DAN INDIVIDU-INDIVIDU LAIN

Setakat mana anda telah memberikan (atau akan memberi) data peribadi mengenai ahli keluarga anda, pasangan anda, tanggungan lain anda (jika anda seorang individu), pengarah, pemegang saham, pekerja, wakil, ejen (jika anda adalah entiti korporat / organisasi) dan/atau individu-individu lain, anda mengesahkan bahawa anda telah menjelaskan (atau akan menjelaskan) kepada mereka bahawa data peribadi mereka akan diberikan kepada, dan diproses oleh, kami dan anda membuat representasi dan waranti bahawa anda telah memperolehi persetujuan mereka untuk kami memproses (termasuk penzahiran dan pemindahan) data peribadi mereka selaras dengan Dasar Privasi ini.

Berkenaan dengan minor (iaitu individu yang di bawah umur 18 tahun) atau individu-individu yang tidak kompeten secara sah untuk memberikan persetujuan, anda mengesahkan bahawa anda adalah ibu bapa atau penjaga mereka atau orang yang mempunyai tanggungjawab ibu bapa ke atas mereka atau orang yang dilantik oleh mahkamah untuk menguruskan urusan mereka atau bahawa mereka telah melantik anda untuk bertindak untuk mereka, untuk memberi persetujuan bagi pihak mereka untuk kami memproses (termasuk menzahir dan memindah) data peribadi mereka selaras dengan Dasar Privasi ini.

11. PEMINDAHAN DATA PERIBADI ANDA KE LUAR MALAYSIA

Kemudahan penyimpanan teknologi maklumat kami mungkin terletak di wilayah lain di luar Malaysia. Ini mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada, keadaan di mana data peribadi anda mungkin disimpan di pelayan yang berada di luar Malaysia. Selain itu, data peribadi anda mungkin dizahirkan atau dipindah ke entiti yang berada di luar Malaysia atau di mana anda mengakses Laman Web ini dari negara-negara di luar Malaysia. Sila ambil maklum bahawa entiti asing ini mungkin ditubuhkan di negara-negara yang mungkin tidak menggunapakai tahap perlindungan data yang bersamaan dengan yang digunakan di Malaysia di bawah undang-undang Malaysia. Anda dengan ini secara tersurat bersetuju agar kami memindahkan

data peribadi anda ke luar Malaysia untuk Tujuan-tujuan tersebut. Kami akan berusaha untuk memastikan bahawa langkah-langkah yang munasabah diambil untuk memastikan bahawa semua pihak ketiga tersebut di luar Malaysia tidak akan menggunakan data peribadi anda selain daripada untuk Tujuan-tujuan tersebut dan untuk melindungi kerahsiaan dan privasi data peribadi anda dengan secukupnya.

12. LAMAN WEB Pautan luaran

  • Sekiranya mana-mana bahagian Laman Web ini menghubungkan anda ke laman web lain, laman web tersebut tidak beroperasi di bawah Dasar Privasi ini dan kami tidak bertanggungjawab atau bertanggungan ke atas liabiliti yang timbul daripada laman web tersebut.

  • Begitu juga, jika anda melanggan aplikasi, kandungan atau produk daripada rakan strategik kami dan anda kemudian memberikan data peribadi anda secara langsung kepada pihak ketiga itu, data peribadi tersebut akan tertakluk kepada dasar privasi / dasar perlindungan data peribadi pihak ketiga itu (jika mereka mempunyai dasar tersebut) dan bukan kepada Dasar Privasi ini.

  • Kami mengesyorkan anda membaca dan memahami dasar/pernyataan privasi atau dasar/pernyataan perlindungan data peribadi yang disiarkan di laman web lain untuk memahami prosedur mereka untuk mengumpulkan, memproses, menggunakan dan menzahirkan data peribadi sebelum anda menyerahkan data peribadi anda ke laman web tersebut.

    Kuki

  • Kami menggunakan teknologi standad industri yang dikenali sebagai “kuki”. Kuki adalah maklumat kecil yang disimpan di cakera keras komputer atau peranti anda untuk tujuan penyimpanan rekod, dan digunakan oleh kami untuk mengesan lawatan anda ke Laman Web ini. Kuki boleh digunakan untuk menyimpan pilihan anda untuk kemudahan dan keselesaan anda semasa menggunakan Laman Web ini. Rangkaian pengiklanan pihak ketiga boleh mengeluarkan kuki berasingan ke cakera keras anda semasa memaparkan iklan.

  • Jenis data aliran klik tanpa nama yang dikumpulkan oleh kami melalui kuki mungkin merangkumi alamat Protokol Internet anda, perisian pelayar web anda, tarikh dan waktu lawatan anda ke Laman Web ini, dan sama ada permintaan anda (termasuk permintaan carian dan mengklik pautan ke bahagian Laman Web ini) Berjaya. Semua maklumat yang dikumpulkan melalui kuki bukanlah data peribadi dan anda tidak dapat dikenali daripada maklumat ini. Maklumat tersebut hanya digunakan untuk tujuan mengurus dan mencipta pengalaman pengguna yang lebih baik, menganalisis trafik di Laman Web ini dan untuk mengenal pasti bahagian apa dalam Laman Web ini yang boleh diperbaiki.

  • Penggunaan kuki kini menjadi standad industri, dan anda akan dapati penggunaannya di kebanyakan laman web utama. Sebilangan besar pelayar web pada mulanya ditubuhkan untuk menerima kuki. Sekiranya anda mahu, anda boleh set semula pelayar web anda sama ada untuk memberitahu anda apabila anda telah menerima kuki, atau untuk menolak penerimaan kuki. Anda harus memahami bahawa ciri-ciri tertentu di Laman Web ini tidak akan berfungsi dengan baik jika anda menetapkan penyemak imbas anda untuk tidak menerima kuki.

 

13. BUTIRAN KENALAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Dasar Privasi ini, atau menpunyai pertanyaan lebih lanjut, atau ingin membuat aduan atau permintaan akses atau pembetulan data berkenaan dengan data peribadi anda, anda boleh menghubungi kami di butiran kenalan di bawah:

Pegawai Perlindungan Data Peribadi

Alamat: Ho Hup Tower – Aurora Place, 2-07-01 – Level 7, Plaza Bukit Jalil, No. 1, Persiaran Jalil 1, Bandar Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur
Tel: +603 9779 1700

Faks: +603 9779 1701/2
Alamat E-mel: 
hello@quadrantbiz.co

Selaras dengan Seksyen 7(3) APDP, Dasar Privasi ini disediakan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Sekiranya terdapat sebarang ketidakseragaman atau percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Melayu, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai. 

Scroll to Top