Memulakan sesuatu perniagaan baru adalah langkah yang berani. Tanpa measa takut untuk bersendirian, terdapat rangkaian peraturan – peraturan yan kompleks untuk dilayari.

Kami di sini sedia membantu anda. Misi kami di Quadrant Biz Solutions adalah untuk menyelaraskan dan memudahkan keseluruhan proses untuk anda, daripada mendaftarkan nama pilihan anda kepada menyusun pendaftaran syarikat anda dan segala-galanya. Dengan perkhidmatan kesetiausahaan syarikat digital kami, anda boleh mengucapkan selamat tinggal kepada proses penubuhan syarikat yang berasaskan kertas dengan proses yang lambat dan membosankan seperti dahulu. Kami menawarkan sistem sistem yang telus, lengkap dan bebas bagi anda untuk menjalakannya – perniagaan anda!

Kami mula melancarkan sistem digital setiausaha syarikat kami pada tahun 2019. Namun begitu, ia tidak bermakna kami baru dalam perniagaan ini. Pasukan kami diketuai oleh Agnes Lim, Ahli Bersekutu Persatuan Institut Setiausaha & Pentadbir Bertauliah Malaysia (MAISCA) sejak 1995.

Dengan pengalaman lebih 25 tahun dalam mengamalkan kesetiausahaan korporat, Agnes mengetuai pasukan yang terdiri daripada gabungan seimbang Setiausaha Bertauliah yang berkelayakan dan profesional daripada latar belakang yang berbeza. Ini bagi memastikan kualiti perkhidmatan dan nasihat yang terbaik dapat disediakan, anda kana sentiasa disokong oleh pengetahuan pasukan kami yang mendalam tentang pematuhan dan perkara kawal selia yang lazim.

Pelanggan kami termasuk usahawan baru mula, melalui PKS sehingga syarikat berskala besar yang disenaraikan di Bursa Malaysia Sekuriti Berhad. Pemahaman kami tentang keperluan undang-undang dan peraturan terkini bermakna syarikat anda berada dalam tangan yang selamat, sama ada untuk urusan rutin seperti tadbir urus korporat dan pentadbiran syarikat yang berterusan, atau untuk usaha khas seperti menubuhkan perkongsian atau apabila anda bersedia untuk mengambil langkah terbesar daripada semua – syarikat tersenarai!

Scroll to Top